Sejak akhir-akhir ini semakin banyak kejadian yang tidak diingini berlaku, khususnya yang melibatkan golongan remaja. Kejadian jenayah seperti rompakan, kecurian dan peras ugut semakin menjadi-jadi.Setiap hari kita mendengar berita mengenainya melalui radio dan televisyen mahupun melalui akhbar. Keadaan ini sungguh menyedihkan kerana ia dilakukan oleh golongan remaja yang bakal menjadi pemimpin Negara.
Kejadian seumpama ini, jika dibiarkan akan mengancam keselamatan dan pembangunan Negara pada masa akan datang. Oleh itu kita tidak boleh berlengah-lengah lagi untuk membendung kejadian ini sebelum ia merumitkan lagi keadaan di Negara kita. Walaupun kita ketahui bahawa jenayah ini sukar dihapuskan sama sekali, tetapi ini tidak bereti kita hanya perlu berpeluk tubuh mendiamkan diri sahaja. Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah ini, seperti kata peribahasa, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”
Antara langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menanamkan sikap harga diri di kalangan remaja. Sikap harga diri ini perlu disemai ke dalam diri mereka agar mereka mempunyai keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.
Di samping itu, golongan remaja juga perlu mendapat latihan rohaniah supaya tidak terpengaruh dengan gejalah social yang menyebabkan mereka terpengarh dengan perbuatan jenayah. Didikan agama dan moral yang secukupnya perlu diberikan kepada golongan remaja dan moral yang secukupnya perlu diberikan kepada golongan remaja kerana ini boleh menjadi benteng pertahanan kepada seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang tidak diingini. Didikan agama dan moral boleh membentuk jiwa seseorang mempunyai kepercayaan kepada tuhan. Didikan ini boleh menberi keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama. Didikan agama dan moral boleh membentuk jiwa seseorang menjadi insane yang baik,berbudi pekerti dan berdisiplin. Justeru itu, mereka akan menyedari tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan juga Negara. Mereka juga sukar utuk melakukan kesalahan, apa lagi perbuatan jenayah. Dalam hal ini, kelas bimbingan agama dan pengajaran moral yang melibatkan golongan remaja hendaklah dianjurkan dengan meluas.
Peranan ibu bapa juga melibat dalam kawalan remaja. Remaja haruslah diajar untuk menjadi seorang yang lebih bertoleransi. Seorang yang mempunyai sikap toleransi mempunyai kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri sendiri. Ini bolehlah mewujudkan perpaduan dan pertelingkahan dikurangkan dalam masyarakat. Toleransi hendak bermula dalam keluarga, seperti sikap sabar dan tolak ansur antara ahli keluarga.
Kesimpulanya, semua pihak haruslah bekerjasama bagi membentuk golongan remaja supaya mempunyai semangat yang kental dan kekuatan diri. Hanya remaja yang sihat fizikal dan mindanya sahaja yang mampu membangun dan memajukan Negara. Justeru itu, golongan remaja haruslah mencerminkan diri dan menentukan tujuan hidup mereka sebagai generasi yang akan membangunkan Negara.


